Penerbitan Polis EVO 3

Selepas kejayaan dua filem terdahulu, siri ketiga filem ini telah diumumkan pada September 2019 dengan Syafiq Yusof menggalas tanggungjawabnya sebagai pengarah, sekaligus mengambil alih tugas daripada Ghaz Abu Bakar yang mengarahkan filem pertama dan Joel Soh dan Andre Chiew yang mengarahkan filem kedua. Zizan Razak dan Shaheizy Sam telah menandatangani untuk menjayakan semula watak mereka, turut kembali berlakon dalam siri ketiga filem ini ialah Nora Danish dan Eyka Farhana.[4]

Syafiq Kyle yang terkenal dengan drama TV termasuk Mencintaimu Mr. Photographer dan Nur,[5] memegang watak sebagai Inspektor Danny. Turut menjayakan filem ini ialah Michael Ang,[6] Fauzi Nawawi , Ben Amir dan Sharnaaz Ahmad.

Penerbitan filem ini ditangguhkan sementara berikutan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia, mengakibatkan penangguhan sementara aktiviti penggambaran filem dan drama.[7]